Selasa, 12 Jun 2018

SALAM LEBARAN & MAAF ZAHIR BATIN



Alhamdulillah...
Salam 27 Ramadhan 1439H
Salam 3 Hari Lagi Nak Raya

Terima kasih pada semua 'customer' #AnaTailorProject
Atas kepercayaan anda dalam menyiapkan tempahan-tempahan raya anda

Mohon maaf atas semua kekurangan dari saya dan saya mohon halalkan setiap bayaran upah jahitan yang telah anda berikan. Jika ada jodoh & rezeki,kita jumpa lagi Ramadhan tahun hadapan

Semakin bertambah pengalaman berharga yg telah saya perolehi utk episod Ramadhan tahun ini. Perancangan awal amat perlu sebab pelbagai masalah akan datang tanpa kita tahu.

Di sini, saya ingin memberi beberapa pesanan mesra buat semua 'customer' kesayangan saya...

1) Pemilihan kain perlu dititikberatkan sebelum membeli. Pastikan lerang/bidang serta meternya mencukupi (bukan ngam²) supaya saya dapat menyiapkan tempahan anda dengan sebaiknya. Amat payah utk saya meng'adjust' kain anda jika ia nya hanya ngam²/cukup² shj. Terutamanya yang mempunyai bidang badan yang agak besar & comel. JANGAN BELI KAIN YANG SIAP DIPOTONG JIKA ANDA DALAM KATEGORI INI. JANGAN BELI cukup² 4 meter dan kalau boleh elakkan kain berkaki / kain yg siap² ada separator (untuk badan & kain). Kalau nak beli jugak (sbb dah berkenan/tema). Mohon beli by meter dan perlu tambah meternya...dari 4 meter menjadi 4.5 meter (untuk kain bidang 45)

2) Beri ukuran badan yang betul² tepat pada saya jika anda adalah 'customer' online & jangan pakai ukuran tangkap muat sahaja... Jika perlu,beri contoh pakaian anda utk saya follow ukuran yang betul & tepat. Jika ada sebarang perubahan sama ada nak lebihkn panjang/besar/kecikkan/pendekkan dll... Anda perlu beri saya maklumat ukuran yang tepat dan bukan hanya agakkan sahaja. Jika perlu, beli tape pengukur utk kegunaan anda sekeluarga. Ini untuk mengelakkan masalah ALTERATION yang sepatutnya tidak perlu.

Ini adalah pesanan IKHLAS dari saya dan tiada tujuan untuk menunjuk pandai / berlagak. Pesanan ini juga sebagai persediaan utama sebelum anda membeli & menempah pakaian utk masa² akan datang. Walaupun saya MUNGKIN BUKAN TAILOR anda pada masa² akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI DAN SEMOGA KITA PULANG KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT....

MAAF ZAHIR BATIN


LIHAT JAHITAN AIDILFITRI
2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan